Monday, May 12, 2008

Terima Kasih Slay

Terima kasih diucapkan kepada Slay aka Alief aka Radzee kerana telah meninggalkan barang-barangnya yang dianggap berharga. Barang-barang tersebut adalah:

1) RM5 yang digunakan untuk membeli air dan makanan ringan bagi rumetnya.
2) Syampu yang akan diabaikan.
3) Ubat gigi yang diguna oleh Peedot.
4) Sabun basuh baju yang nampak menarik.
5) Botol air kegemaran Slay.
6) Minyak kereta yang tiada gunanya kepada kami (seorang pun tak ada kereta).
7) File case yang diambil aku.

Terima kasih sekali lagi kerana memberi barangan tersebut dan halalkan makan minum kami k. Jangan tuntut balik, buruk siku nanti (hehe). Peace.

Infosys..

Actually, I got offer from government to go to Bangalore, India for training under Infosys company. This will take as our Industrial Training. So I will only train 2 n half month than common time of Industrial Training, 6 month. But there has certain rumors that training will shorten to 48 days. What the hell!! And the problem occurs because of the budget not enough and the rumors spread again told the government used that money for election 2008 ago. And what the hell again!! But congratulation to members that got offer from government to go to India. Hope this training becomes our valuable experience before we enter 'alam pekerjaan'.

I'm is the first left person.

To get more view of the Infosys environment, just go to this 'poyo' blog. hehe

http://slayradzee.blogspot.com/
http://slushkmk.wordpress.com/

Thank you


Individual involve in my PSM

Thank you again to individual involve in my PSM. Hope we can see again and woork together in another time (Maybe next time I become boss of them. hehe). Dr Noraziah as my supervisor already told me to futher my study in Master of Research under her inspection. But I don't have money la and her told me to ask the RMC (what is that??somebody help me) about the scholarship. I will thinking and thinking again la k and that seems nice. huhu. Btw hope my PSM 2 will get A la. Cause I want to maintain my pointer above 3. Why so hard la??



Dr Noraziah as Nice Supervisor (hehe)

En Ramiza as Core Supervisor

Pn Karimah as Leader of Evaluators

Cik Junaidah as Evaluator

Project Sarjana Muda???

Oowwhhh..what a great feeling...finally my PSM presentation are finished..PSM yang merupakan satu subjek yang diambil selama setahun bersamaan 2 semester kini sudah sampai ke penghujung nya..PSM 1 yang diambil tahun lepas hanya mendapat gred B. Ini menimbulkan kemarahan Dr Noraziah Ahmad yang merupakan supervisor aku yang berjanji aku akan mendapat gred A. Keputusan ini terjadi kerana Dr Noraziah absend pregnant dan digantikan dengan En Ramizah. Ketegasan En Ramiza yang sering menegur aku cukup dirasai hingga ke hari ini. Mana taknya, kerana jilid final PSM 2 kali ini akan ditandatangani oleh beliau kerana ketiadaan Dr Noraziah yang ke Thailand untuk evaluate conference di sana. Tahniah diucapkan kepada Dr Noraziah dan tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada En Ramiza yang mengajar aku tentang API. Diharap sebarang kerumitan PSM selesai pada besok hari juga bersamaan dengan 13/5 kerana aku ingin pulang ke KL. Tidak juga lupa Pn Karimah dan Cik Junaida selaku evaluator yang sporting dan bertenaga. Hari ini merupakan hari yang cukup panjang kerana aku telah menunggu Cik Junaida dan Pn Karimah dari pukul 9.30 hingga pukul 12.oo tengahari. Ini menyebabkan aku merupakan pelajar terakhir yang present PSM 2 pada sesi pukul 10.30 hingga pukul 12.30 tengahari. Presentation PSM 2 berjalan lancar walaupun system aku terdapat sedikit error seperti process menjadi 'zombi' walaupun telah di terminate dan Graph View tidak dapat running di execuate file. What a confusing problem. Di sini disertakan system yang aku dah develop selama 6 bulan lebih. Nampak simple tapi coding dia memang pening. Alhamdulillah berjaya juga aku menghasilkan system ini di bawah tunjuk ajar Dr Noraziah dan En Ramiza serta internet (hehe).

Main Menu of the System Memory Monitoring

Process View of the System Memory Monitoring

Process Information in System Memory Monitoring

Graph View of System Memory Monitoring


My Presentation Poster

Tuesday, April 8, 2008

Pasal Laki lak - Lelaki Yang bakal ke Neraka

Post ini mengenai keagamaan sikit..Ilmu mengenai agama Islam yang dipostkan diharap dapat memberi keinsafan kepada diri sendiri dan juga orang ramai..


Lelaki Yang bakal ke Neraka

Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.


Suaminya

Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri..walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.


Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya..jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM..tunggulah tarikan adiknya di akhirat !


Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu walaupun berkelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak..nantikan tarikan ibunya..

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat..maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami /abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar. Firman ALLAH S.W.T.:-

"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA, DIMANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA DAN BATU-BATU..
"


Moral of Story : Kaum wanita kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda.. kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri.. jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas.. Kaum lelaki juga hendaklah sentiasa memberi nasihat-nasihat yang berterusan kepada ahli keluarga kita walaupun nasihat itu pahit didengar.. marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik....oleh mana-mana pihak..

SEMOGA KITA SEMUA TERGOLONG DARI AHLI SYURGA YANG MEMASUKI SYURGA TANPA HISAB. "







Lawak Perempuan

Ini ada gambar yang agak lawak untuk dikongsi bersama dengan para pembaca..Gambar ini dicopy melalui ISUHANGAT dan rasa sesuai untuk dikongsi bersama kerana walaupun ini lawak semata-mata tapi ada kebenaran disebalik kelawakannya..




Kenapa aku kata ada betul nya?? ini kerana adik beradik aku semua perempuan..Kalo time raya nk bli baju raya mesti merayau satu shopping complex..Selalunya aku join dengan abah aku je lepak kat kedai komputer..Kalo dier nk bli baju untuk kiterg baru dierg kol..Penat oo kalo ikut perempuan ni shopping..Ntah pe ntah dierg cari..haha

Moral of Story : Perempuan stamina tinggi time shopping ngn merajuk jer..Kalo laki kurang stamina time2 gni..gambar 2 yang mengambarkan segalanya..haha

Monday, April 7, 2008

Lebih Mengenai Kempen memboikot..


Assalamuaikum

Ini lah rupa ahli majlis perundangan Belanda Geert Wilders yang menerbitkan filem Fitna, yang menunjukkan kenyataan daripada paderi yang radikal dan menyebut surah Al-Quran dengan diselitkan imej serangan 11 Sept terhadap Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York, pengeboman kereta api penumpang di Madrid, Sepanyol pada 2004 dan pembunuhan pengeluar filem Belanda Theo van Gogh di Amsterdam street pada akhir tahun itu.

Sedikit tentang sibangsat Geert Wilder. Beragama Roman Katholik dan pernah berjuang bersama tentera Israel . Si Bangsat ini pernah menyaran umat Islam negaranya supaya mengoyak Al Quran jika ingin menetap di Belanda. Juga pernah menyatakan bahawa sekiranya Nabi Junjungan kita masih hidup, baginda akan disenaraikan sebagai pengganas. Kenali Musuh anda !!!

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Tun Dr Mahathir agar produk Belanda dipulaukan hanya mendapat perlian sinis daripada blog pro-zionis dan anti-Islamis seperti Jihad watch dan sebagainya.

Mereka berkata bahawa negara Belanda akan lebih kaya jikalau produk mereka di pulaukan oleh orang Islam kerana negara Eropah pula yang akan membeli produk mereka. Malah mereka memerli dengan mengatakan ekonomi mereka tidak terjejas dengan pemulauan produk ini kerana negara Islam adalah negara miskin. Denmark pernah mengalami kerugian USD 1.5 juta
sehari kerana pemulauan barangan mereka.

Maka, marilah kita sama-sama melaksanakan kewajipan ini agar penghinaan kepada Islam mendapat pembalasan yang sewajarnya.

Saya menyeru agar semua pembaca bersama-sama memboikot produk yang dihasilkan
oleh Belanda.

Moral of Story : Ni lah rupa penyangak yang menghina al-Quran.. Lawak pn ada gak tengok muka dia ni.. Kesian.. Kena boikot barang2 kt bawah ni..








Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template