Tuesday, April 8, 2008

Pasal Laki lak - Lelaki Yang bakal ke Neraka

Post ini mengenai keagamaan sikit..Ilmu mengenai agama Islam yang dipostkan diharap dapat memberi keinsafan kepada diri sendiri dan juga orang ramai..


Lelaki Yang bakal ke Neraka

Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.


Suaminya

Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri..walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.


Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya..jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM..tunggulah tarikan adiknya di akhirat !


Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu walaupun berkelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak..nantikan tarikan ibunya..

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat..maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami /abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar. Firman ALLAH S.W.T.:-

"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA, DIMANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA DAN BATU-BATU..
"


Moral of Story : Kaum wanita kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda.. kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri.. jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas.. Kaum lelaki juga hendaklah sentiasa memberi nasihat-nasihat yang berterusan kepada ahli keluarga kita walaupun nasihat itu pahit didengar.. marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik....oleh mana-mana pihak..

SEMOGA KITA SEMUA TERGOLONG DARI AHLI SYURGA YANG MEMASUKI SYURGA TANPA HISAB. "







Lawak Perempuan

Ini ada gambar yang agak lawak untuk dikongsi bersama dengan para pembaca..Gambar ini dicopy melalui ISUHANGAT dan rasa sesuai untuk dikongsi bersama kerana walaupun ini lawak semata-mata tapi ada kebenaran disebalik kelawakannya..




Kenapa aku kata ada betul nya?? ini kerana adik beradik aku semua perempuan..Kalo time raya nk bli baju raya mesti merayau satu shopping complex..Selalunya aku join dengan abah aku je lepak kat kedai komputer..Kalo dier nk bli baju untuk kiterg baru dierg kol..Penat oo kalo ikut perempuan ni shopping..Ntah pe ntah dierg cari..haha

Moral of Story : Perempuan stamina tinggi time shopping ngn merajuk jer..Kalo laki kurang stamina time2 gni..gambar 2 yang mengambarkan segalanya..haha

Monday, April 7, 2008

Lebih Mengenai Kempen memboikot..


Assalamuaikum

Ini lah rupa ahli majlis perundangan Belanda Geert Wilders yang menerbitkan filem Fitna, yang menunjukkan kenyataan daripada paderi yang radikal dan menyebut surah Al-Quran dengan diselitkan imej serangan 11 Sept terhadap Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York, pengeboman kereta api penumpang di Madrid, Sepanyol pada 2004 dan pembunuhan pengeluar filem Belanda Theo van Gogh di Amsterdam street pada akhir tahun itu.

Sedikit tentang sibangsat Geert Wilder. Beragama Roman Katholik dan pernah berjuang bersama tentera Israel . Si Bangsat ini pernah menyaran umat Islam negaranya supaya mengoyak Al Quran jika ingin menetap di Belanda. Juga pernah menyatakan bahawa sekiranya Nabi Junjungan kita masih hidup, baginda akan disenaraikan sebagai pengganas. Kenali Musuh anda !!!

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Tun Dr Mahathir agar produk Belanda dipulaukan hanya mendapat perlian sinis daripada blog pro-zionis dan anti-Islamis seperti Jihad watch dan sebagainya.

Mereka berkata bahawa negara Belanda akan lebih kaya jikalau produk mereka di pulaukan oleh orang Islam kerana negara Eropah pula yang akan membeli produk mereka. Malah mereka memerli dengan mengatakan ekonomi mereka tidak terjejas dengan pemulauan produk ini kerana negara Islam adalah negara miskin. Denmark pernah mengalami kerugian USD 1.5 juta
sehari kerana pemulauan barangan mereka.

Maka, marilah kita sama-sama melaksanakan kewajipan ini agar penghinaan kepada Islam mendapat pembalasan yang sewajarnya.

Saya menyeru agar semua pembaca bersama-sama memboikot produk yang dihasilkan
oleh Belanda.

Moral of Story : Ni lah rupa penyangak yang menghina al-Quran.. Lawak pn ada gak tengok muka dia ni.. Kesian.. Kena boikot barang2 kt bawah ni..







Sunday, April 6, 2008

Jom Boikot

Mari lah umat islam memboikot barangan Belanda yang kurang ajar melakukan fitnah dengan mengatakan Al-Quran membawa keganasan..

Ada umat Islam juga yang tidak setuju boikot barangan Belanda ini

Contoh nya http://saifulislam.com/?p=1678

Tetapi dari pandangan aku, kita patut memboikot barangan diaorg ini kerana ini akan menekan keseluruhan ekonomi negara mereka..Memanglah rakyat nya tidak bersalah kerana ini semua kesalahan ahli Parlimen nya..Tetapi apabila rakyatnya terasa tertekan akibat ekonominya yang semakin menurun, rakyatnya sendiri akan memberontak dan sudah pasti hukuman akan diberikan kepada Wilder ini seperti dipenjara, dipecat dan paling kurang pun kehilangan sokongan rakyat..Ini perlu kerana suara luar(rakyat luar Belanda) tidaklah sekuat suara rakyatnya sendiri..

Dan sekira nya kita tidak mempedulikan hal ini, sudah pasti ini akan Wilder ini akan menghina Al-Quran kita dengan lebih teruk lagi dan sekaligus mewujudkan lebih ramai orang-orang seperti Wilder ini..Sama lah seperti pesalah yang tidak menerima hukuman kerana kesalahannya,pasti dia akan membuat kesalahan tersebut lagi dan ini akan dicontohi oleh orang-orang yang tidak mengunakan akal untuk berfikir.

Kita tidak mengunakan kekerasan untuk melakukan bantahan terhadap Belanda seperti membunuh rakyat mereka tetapi kita melakukan bantahan secara hemah, halus, sabar tetapi berkesan iaitu BOIKOT..Ini juga memberi kebaikan kepada kita juga kerana jika kita memboikot barangan mereka seperti Shell sudah pasti kita akan memilih Petronas, ini akan sekaligus menjana ekonomi Malaysia..So apa salahnya kita memboikot mereka yang cuba menunjukkan bahawa mereka tidak boleh disentuh berlandaskan HAK BERSUARA yang diselewengkannya..

Apa lagi umat islam, marilah kita melakukan boikot terhadap barangan diaorg..Jangan lah kita terlalu baik dan bersabar kepada musuh islam ini kerana mereka sudah tentu mencari jalan untuk menjatuhkan kebangkitan islam yang semakin ketara ini..Marilah kita menunjukkan mereka bahawa sekiranya mereka menghina dan merendah2kan Islam, mereka sendiri akan menerima padah yang lebih teruk selain daripada diserang pejuang Islam..Penganut agama lain juga boleh memboikot barangan ini kerana sekiranya agama kamu di hina sekian rupa, apa perasaan kamu..

Ini adalah list barangan negara Belanda yang perlu diboikot..


1. Dutch Lady - Susu
2. Ferrero Roche - Coklat
3. Wall’s - Ais Krim
4. Ing -Insurans
5. Planta -Magerin
6. Lady’s Choice -Magerin
7. Lipton -Teh
8. Shell -Minyak
9. Knorr -Perisa Makanan
10. Dove -Mandian
11. Sunlight -Magerin/Pencuci Pinggan
12. Radiant -Deodoran
13. Rexona -Deodoran
14. Ponds -Produk Kecantikan
16. Kieldsens -Coklat
17. Slimfast -Produk Pelangsing
18. Lego -Kismis
19. Philips -Barangan Elektrik
20. Duyvis -Makanan Ringan
21. Gouda -Keju
22. Robin -Pencuci Lantai/Pakaian
23. Ariel -Pencuci Lantai/Pakaian
24. Omo -Pencuci Lantai/Pakaian
25. Labello -Lip Balm
26. Pickwick -Teh
27. Venz -Mentega Coklat
28. Kinder Bueno -Coklat
29. Unilever -Syarikat
30. Dumex -Susu Tepung
31. Nutricia -Susu Bayi
32. Sunsilk -Shampoo
33. Fair & Lovely -Produk Kecantikan
34. Lux -Mandian
35. Vaseline -Lip Balm
36. Cif -Pencuci Lantai
37. Surf -Pencuci Kain
38. Wishbone -Pencuci Kain
39. Doriana - Keju Krim
40. Bertolli -Minyak Masak
41. Clear -Shampoo
42. Breeze -Pencuci Kain
43. Sun -Pencuci Kain

Chelsea..Chelsea..

Asalamuailaikum semua..Lama sangat dah tak update blog ni..Ini disebabkan sibuk dengan test, psm(project sarjana muda), silat dan macam-macam lagi.. Sekarang lah merupakan waktu yang paling sesuai untuk menulis blog ini walaupun ada test Jepun dan quiz network pada hari isnin ini(hehe).. Ditambah lagi dengan due date psm pada minggu depan, system tak siap lagi memang lah tersangat busy skang ni.. Dipendekkan cerita lah, aku nak cerita sikit pasal pasukan Chelsea(Biasa lah, pasukan pujaan kn..hehe)..

Chelsea telah mengegutkan semua masyarakat yang meminati EPL dan bola sepak dengan mengalahkan pasukan Arsenal lebih kurang 3-4 minggu lepas..Manager Arsenal yang mengatakan pasukannya akan merangkuli dua pingat Liga iaitu Premier League dan juga Champion League telah tersembam ke tangga ketiga dibawah Man U dan Chelsea dalam Premier League..Ditambah lagi dengan mencatatkan keputusan seri ketika bersaing dengan Liverpool masa 1-leg di Champion League baru-baru ini..Chelsea yang mengalami kekalahan ketika berlawan dengan Fenerbache tetap dianggap pasukan yang akan memasuki semi final ..Ini dibuktikan lagi dengan statistic yang dikeluarkan oleh Goal.com mengatakan Chelsea diramal bertemu dengan Liverpool semi final ini.. Perlawanan hari ini yang menyaksikan Chelsea membelasah Man City 2-0 hasil jaringan sendiri Dunne dan Kalou telah memberi amaran kepada Fenerbache bahawa Chelsea akan membalas dendam pada perlawanan 2-leg di Stamford Bridge..Ingatlah wahai penyokong Fenerbache,bahawa Chelsea yang mendominasi perlawanan sebelum ini tetapi tuah tidak menyebelahi Chelsea dan ingat la penyokong Man U bahawa Chelsea akan merebut tempat pertama pada Premier League kali ini..Man U hanya beruntung kerana memiliki Christiano Ronaldo yang sedang menunjukkan pretasi yang baik(harap-harap kaki Ronaldo patah seperti Eduardo, gerenti pasni Man U kalah nyer)..Sekian

P/S:Chelsea The Best..Lepas ni gerenti menang Champion League dengan Premier League..Pasukan lain jangan jeles k..terutama penyokong Man U(hehe)


Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template