Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Tuesday, April 8, 2008

Pasal Laki lak - Lelaki Yang bakal ke Neraka

Post ini mengenai keagamaan sikit..Ilmu mengenai agama Islam yang dipostkan diharap dapat memberi keinsafan kepada diri sendiri dan juga orang ramai..


Lelaki Yang bakal ke Neraka

Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.


Suaminya

Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri..walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.


Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya..jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM..tunggulah tarikan adiknya di akhirat !


Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu walaupun berkelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak..nantikan tarikan ibunya..

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat..maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami /abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar. Firman ALLAH S.W.T.:-

"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA, DIMANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA DAN BATU-BATU..
"


Moral of Story : Kaum wanita kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda.. kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri.. jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas.. Kaum lelaki juga hendaklah sentiasa memberi nasihat-nasihat yang berterusan kepada ahli keluarga kita walaupun nasihat itu pahit didengar.. marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik....oleh mana-mana pihak..

SEMOGA KITA SEMUA TERGOLONG DARI AHLI SYURGA YANG MEMASUKI SYURGA TANPA HISAB. "







Wednesday, March 19, 2008

Sosej xhalal!!!



























Berikut adalah senarai brand sosej yg tidak halal. 6 jenama sosej yang telah dikenalpasti dicampur usus babi adalah

  • Gourmessa
  • Muller's Haus
  • Dew Fresh
  • Puteri
  • Miami Butcher House
  • Maspac

Pengilang yang mengeluarkan produk sosej yang menggunakan usus babi dan memasarkan di pasaran tempatan adalah;
  • Deluxe Food Services Sdn Bhd di Shah Alam (Gourmessa)
  • German Delicatessen - Subang (Muller's Haus dan Dew Fresh)
  • Puteri Pan Pacific (Puteri)
  • MiamiButcher House - Batu Feringgi (MiamiButcher House)
  • Omcorp Sdn Bhd - Bukit Angkat Kajang (Dew Fresh)
  • Pacific Refgerating Sdn Bhd (Maspac)

Projek Koordinator PPIM, Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, di antara hotel dan restoran yang disyaki menyajikan dan menjual sosej menggunakan usus babi adalah
  • Palace of Golden Horses
  • Coffee Bean Tea Leaf
  • Hotel Equatorial
  • Ikea Cafe
  • Muller Sausage.

Sila sebarkan pada rakan2 islam yg lain supaya mereka tidak tertipu dengan usaha musuh islam yg mengunakan kekejaman terhadap umat islam tanpa disedari oleh kita.

Tuesday, March 11, 2008

ANTARA MENGUMPAT DAN MEMBERITAHU.

aaahhh,ni ade satu cite yg menarik..cite mengenai pemimpin BN yg menuduh pemimpin PAS mengeluarkan fatwa dibolehkan mengumpat..kt bawah ni penerangan atau hujah2 yg dikeluarkan sendiri oleh dr Lo'Lo(Parlimen Titiwangsa) berserta bukti2 yg kukuh samaada mengumpat pemimpin BN dibolehkan atau tidak....


1. Umat Melayu adalah satu umat yang special. Umat Melayu adalah satu umat yg lembut, berhemah dan bersopan santun. Umat Melayu bukan jenis memaki orang, bertengkar kasar, tetapi satu umat yang banyak mengalah dan memendam rasa. Walaupun begitu, berhemah dan bersopan santun umat Melayu tidak bermakna mereka tidak menyimpan didalam hati. Jika umat Arab boleh bertengkar begitu hebat, mereka juga boleh baik dengan kadar hampir serta merta. Mereka boleh bersalam, bercium dahi dan kemudiaanya pergi seolah olah tidak ada apa apa yang berlaku. Umat Melayu belum tentu demikian, didepan tidak ada apa berlaku, didalam hati atau di belakang mungkin banyak yang berlaku.

2. Oleh kerana umat melayu yang berhemah tinggi, perkara mengumpat adalah satu perkara yang dibenci. Jika didalam arena politik, ahli politik A memberitahu akan keburukan ahli politik B, umat melayu dengan mudah mengatakan ahli politik A telah mengumpat. Mereka begitu benci jika ini berlaku walaupun tanpa mereka sedari, gossip dan umpat adalah perkara lumrah dalam kehidupan mereka terutama apabila di kedai minum teh dan juga di pejabat. Dan kalau ahli politik A menggunakan perkataan yang agak keras, dengan mudah ahli politik A dikatakan memaki hamun.

3. Walaupun aktiviti mengumpat adalah biasa didalam masyarakat melayu, terutama nya didalam dunia pekerjaan dipejabat, mereka merasa janggal apabila orang politik menyebut kesalahan demi kesalahan kerajaan yang memerintah. Adakalanya ahli politik ini ada menyebut serba sedikit hal individu individu tertentu dan memang diakui ada yang terlebih sedikit dalam sebutan mereka. Mereka ini dituduh sebagai membuka kesalahan orang lain.

4. Persoalannya, ADAKAH SALAH UNTUK KITA MENYEBUT KEBURUKAN ORANG LAIN DIDALAM SEMUA PERKARA?

5. Jawapan yang ingin saya utarakan ialah, APABILA KITA MENYEBUT KESALAHAN ORANG LAIN, TIDAK SEMUANYA DIKATEGORIKAN SEBAGAI MENGUMPAT, terutama didalam usaha menegakkan keadilan dan memilih kepimpinan negara.

6. Jawapan saya itu adalah berdasarkan kepada pendapat 2 ulama besar, iaitu imam Ghazali didalam buku Bimbingan Mukminin, dan imam Yusuf Qardhawi didalam buku Halal Dan Haram Dalam Islam.

7. Imam Ghazali mengariskan 6 perkara yang membolehkan menceritakan hal orang lain. Iaitu

a. Didepan hakim didalam membela seseorang dari penganiayaan.

b. Apabila meminta bantuan orang lain untuk mengubah sesuatu kemungkaran atau mengembalikan seseorang ke jalan kebaikan.

c. Mengingatkan seseorang Muslim kepada sesuatu kejahatan seseorang. Dimana tujuannya mengingatkan orang lain supaya menjauhkan diri dari orang itu. Begitu juga didalam kes membincangkan kesesuaian seseorang untuk menjadi suami atau isteri , iaitu didalam pemilihan pasangan hidup.

d. Apabila seseorang itu memang sengaja terang terang membuat kefasikan dan bermegah megah dengan perbuatan itu.

e. Ketika meminta fatwa atau penerangan sesuatu hukum dalam ugama.

f. Apabila seseorang itu terkenal dengan sesuatu gelaran, maka tidak salah untuk menyebut gelaran itu walau menyebut gelaran itu bagaikan mengumpat.


(Adakah pembeliaan jet mewah utk PM dan pemimpin lain MENGGUNAKAN DUIT RAKYAT satu fitnah dan umpatan?DrLo'lo')

8. Bertolak dari perkara 6, terutama perkara 6a & 6c, dimana memberitahu akan keburukan orang dibolehkan kerana ada kepentingan menegakkan keadilan dan memilih pasangan, maka boleh ditakrifkan bahawa DIDALAM MEMILIH KEPIMPINAN KITA DIBOLEHKAN UNTUK MEMBERITAHU AKAN KEBURUKAN ORANG JIKA PERLU.

9. Memilih kepimpinan negara adalah suatu perkara yang amat penting. Salah pilih kepimpinan, bukan saja negara akan menghadapi bahaya, ianya juga akan mencengkam dan menzalimi rakyat. Mereka akan menghabiskan harta negara dengan perangai korupsi mereka dan berbillion ringgit akan hilang.

10. Walaubagaimanapun didalam usaha untuk menerangkan dan memberitahu bahawa orang tertentu tidak layak untuk menjadi kepimpinan negara, adab adab masih perlu dijaga. Ianya mestilah tidak sampai hingga ketaraf menghina orang itu.

11. Pemberitahuan itu hanya untuk menerangkan orang ramai bahawa orang begini tidak layak memimpin negara. Imam Yusuf Qardawi didalam membicarakan mengenai memberitahu keburukan orang lain kerana sesuatu kepentingan berkata "Dan jika kepentingan itu dapat ditempuh dengan sindiran maka tidak boleh berterang-terangan atau menyampaikan secara terbuka". Cuma kadang kadang penggunaan sindiran tidak memberitahu perkara sebenarnya dan hanya membuatkan orang keliru dan tertanya tanya.

12. Tapi pokoknya, didalam usaha memberitahu keburukan orang lain dalam pemilihan kepimpinan, kita perlu berhati hati dan menjaga adab sebaiknya. Tetapi jangan kita pula menolak ada kalanya memang ada keperluan untuk memberitahu keburukan orang lain, untuk memastikan mereka yang bersih sahaja memegang tunggak kepimpinan.

Saya sertakan disini, beberapa mukasurat buku bimbingan mukminin dan buku yusuf qardawi yang telah saya scan.

Sila download dari link ini. http://www.savefiles.net/d/jx6i2j4y4oeivqq.html

P/S: diharap para pembaca akan membaca untuk mendapatkan gambaran sebenar. Jangan mudah untuk tidak bersetuju sebelum membaca helaian buku tersebut ataupun helaian buku buku lain. Umat islam juga jgn menyempitkan fikiran dengn menerima apa saje yg diberi atau yg diterangkan oleh sebelah pihak saje. Sepatutnye dgr dahulu dr kedue2 pihak dan seterus nyer selidik melalui melalui sumber2 yg boleh dipercayai(interent zaman skang boleh didapati dimana2 saje). Insyaallah akan mendapat ilmu yg tidak pernah kita ketahui seterusnya memajukan lagi diri kita dengn mengamalkan ilmu2 yg berfaedah tersebut..

Monday, February 25, 2008

Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi Menolak Penjenamaan Islam Dengan Pelbagai Nama


من التعبيرات التي يُشنِّع بها العلمانيون والحداثيون تعبير (الإسلام السياسي)، وهي عبارة دخيلة على مجتمعنا الإسلامي بلا ريب،

Ertinya : Antara slogan-slogan yang dipelopori oleh puak secular dan kumpulan modernisme adalah slogan 'Islam Siyasi', iaitu satu bentuk slogan asing yang telah memasuki masyarakat islam tanpa ragu lagi.

وهم يطلقون هذه الكلمة (الإسلام السياسي) للتنفير من مضمونها ومن الدعاة الصادقين الذين يدعون إلى الإسلام الشامل؛ باعتباره عقيدة وشريعة، وعبادة ومعاملة، ودعوة ودولة.

Ertinya : Gelaran yang mereka berikan ini iaitu "Al-Islam As-Siyasi" sebenarnya untuk menjauhkan orang ramai dari kandungan islam yang sebenarnya dan bagi menghambat dari para pendakwah ikhlas yang sentiasa mengajak kepada pelaksanaan Islam secara sepenuhnya, aqidah, syariah, ibadat, muamalat, dakwah dan kenegaraan.

وقد كنت رددت على هذه الدعوة، وفنَّدت هذه التسمية في فتوى مطوَّلة، ظهرت في الجزء الثاني من كتابي: (فتاوى معاصرة)، ويحسن بي أن أقتبس فقرات منها فيما يلي:

Ertinya : Sejak dahulu aku telah menolak ajakan (slogan) ini dan aku juga telah menolak penamaan (gelaran) sebegini dalam fatwa yang panjang lebar yang boelh dilihat dalam juzu kedua dari kitabku " Fatawa Muasiroh", maka eloklah aku memetik beberapa peranggan darinya sebagaimana berikut :-

هذه التسمية مردودة وخاطئة:

وذلك لأنها تطبيق لخُطة وضعها خصوم الإسلام، تقوم على تجزئة الإسلام وتفتيته بحسب تقسيمات مختلفة، فليس هو إسلامًا واحدًا كما أنزله الله، وكما ندين به نحن المسلمين؛ بل هو (إسلامات) متعدِّدة مختلفة كما يحب هؤلاء.

فهو ينقسم أحيانًا بحسب الأقاليم: فهناك الإسلام الآسيوي، والإسلام الإفريقي.

Ertinya :

Ini adalah penamaan (istilah) yang terolak dan salah

Ia sebenarnya adalah satu bentuk pelaksanaan perancangan yang diletakkan oleh musuh-mush Islam. Dibina atas asas ingin memecah-belahkan Islam dengan pembahagian-pembahagian yang berbeza sehingga seolah-olah ia bukan Islam yang satu seperti yang diturunkan oleh Allah s.w.t, dan seolah-olah ia juga bukan sebagaimana (Islam) yang umat dianuti oleh kita umat Islam. Mereka (telah wujudkan) banyak Islam yang berbeza mengikut kesukaan mereka.

Antaranya mereka bahagikan Islam kepada pembahagian sempadan seperti : "Islam Asia" dan "Islam Afrika"

وأحيانًا بحسب العصور: فهناك الإسلام النبوي، والإسلام الراشدي، والإسلام الأُموي، والإسلام العباسي، والإسلام العثماني، والإسلام الحديث.

Ertinya : Kadangkala mereka bahagikan menurut waktu " Islam Nabawi", "Islam Rasyidi (zaman khulafa)", "Islam Umayi", "Islam Abbasi", "Islam Uthmani", "Islam al-Hadith (moden)"

وأحيانًا بحسب الأجناس: فهناك الإسلام العربي، والإسلام الهندي، والإسلام التركي، والإسلام الماليزي... إلخ.

Ertinya : Adakalanya mereka namakan menurut jenis kaum seperti : "Islam Arabi", "Islam India", "Islam Turki", "Islam Malaysia" dan lain-lain.

وزادوا على ذلك تقسيمات جديدة: فهناك الإسلام الثوري، والإسلام الرجعي أو الراديكالي، والكلاسيكي، والإسلام اليميني، والإسلام اليساري، والإسلام المُتزمِّت، والإسلام المُنفتح، وأخيرًا الإسلام السياسي، والإسلام الروحي، والإسلام الزمني،!.

Ertinya : Dan mereka juga menambah pembahagian baru yang seterusnya : sehingga ada "Islam Thawri (revolusi), "Islam Radikal dan Klasik", "Islam Al-Yamini (Haluan Kanan)", "Islam Al-Yasari (Haluan Kiri), "Islam Al-Mutazammit (Rigid), "Al-Islam Al-Munfateh (terbuka) dan akhirnya wujud pula "Al-Islam As-Siyasi" , "Al-Islam Ar-Ruhi ( ruh), "Al-Islam Az-Zamani (semasa)

تقسيمات مرفوضة للإسلام:

والحق أن هذه التقسيمات كلَّها مرفوضة في نظر المسلم، فليس هناك إلا إسلام واحد لا شريك له، ولا اعتراف بغيره، هو (الإسلام الأول)، إسلام القرآن والسنة.

الإسلام كما فهمه أفضل أجيال الأمة وخير قرونها، من الصحابة ومن تبعهم بإحسان، ممَّن أثنى الله عليهم ورسوله.

Ertinya : Semua penamaaan dan pembahagian ini ditolak dalam Islam. Tiada Islam kecuali hanya satu Islam dan tiada sekutu atau pelbagai jenis baginya. Tiada harus memberi pengiktirafan kepada selainnya, yang diiktiraf hanyalah Islam yang terawal yang bersumber dari Al-Quran dan As-Sunnah. Islam yang difahami oleh sebaik-baik generasi dan kurun dari kalangan sahabat dan tabien yang telah dipuji oleh Allah dan RasulNya.

فهذا هو الإسلام الصحيح، قبل أن تشُوبه الشوائب، وتلوِّث صفاءه تُرَّهَات المِلَل وتطرفات النِّحَل، وشطحات الفلسفات، وابتداعات الفِرَق، وأهواء المُجادلين، وانتحالات المُبطلين، وتعقيدات المُتنطِّعين، وتعسُّفات المُتأوِّلين الجاهلين.

Ertinya : Inilah dia Islam yang benar, sebelum dicemari kekotoran dan kekarutan ideologi, falsafah, rekaan puak-puak, hawa nafsu para pendebat, penyusahan oleh puak pelampau, dan salahguna puak pentakwil yang jahil.


P/S: sudah terang lagi bersuluh. Ape yang dikatakn Dr Yusof Al-Qadrawi termasuklah Islam Hadhari. cuma tak sebut aje kerana islam Hadhari masih baru. mcm mn la kita nak bersatu menentang musuh (kafir) yang sedang sibuk mengasah parang, sedangkan umat islam masih lagi lena tidur, membuat penjenamaan islam dan sebagainya. Kenapa lah nak sibuk menjenamakan islam moden la..islam maju la..islam hadhari la..kan lebih baik kita usaha atas iman.. Mari la kite membawa perubahan dalam pemerintahan negara kita dengan memilih pemimpin islam yg sebenarnye..


Friday, February 22, 2008

Kristian Ingin Menukar Jesus Kepada Allah


Catholic paper files writ of summons


PETALING JAYA: The publisher of Herald - The Catholic Weekly has filed a writ of summons and a statement of claim in the Kuala Lumpur High Court to seek appropriate declarations of the use of the word "Allah".

The publisher said in a statement released Thursday that the Internal Security Ministry had issued a series of directives to the publisher to cease the use of the word "Allah" in the weekly.

The publisher also said that if they failed to do so, the publication’s permit would either be suspended or revoked.

“We have decided to have our legal position to use the word determined by the courts,” the statement said.

The weekly’s editor Reverend Father Lawrence Andrew said that the writ was filed on Dec 5.

The 13-year-old paper, which carries reports about the Catholic community in English, Malay, Tamil and Chinese, has a circulation of 12,000 for its members.


P/S:Kenape ulama-ulama senyap dan xmembantah keputusan yg diambil oleh pihak Kristian ini?Adakah negara kite akan jdk seperti di indonesia?Smue agama bercampur gaul sehingga mengelirukan umat islam sendiri?Ini la akibat jika mufti-mufti dihadkan kuasa drpd bercakap.Apabila mufti mengeluarkan fatwa-fatwa, dikatakan mufti ketinggalan zaman dan mengugut untuk diambil tindakan.Sekarang smue mufti dh takut nk mengeluarkan pendapat dan bantahan tehadap isu ini.Dimana surat khabar Utusan, Berita Harian,Metro untuk menyebarkan berita ini supaya rakyat beragama islam berwaspada terhadap perbuatan pihak Kristian untuk menyesatkan dan memurtadkan org islam kita?Media skang hanya mampu untk membodek kerajaan dan menghentam pembangkang sahaje.Ini sahaja modal mereka untk meraih keuntungn tidak seperti media Cina (kes Chua Sok Lek) dan media Inggeris (kes skarang) yg memaparkan berita-berita yg terkini.Mungkin ini la bala drpd Allah SWT terhadap perbuatan kita memilih pemimpin yg tidk mengikut agama Islam yg sebenarnya(islam Hadhari bkn Islam yg sebenar) dan hanya tau mencari keuntungn semata-mata. Mari la kita beramai-ramai mengundi pembangkang untk kesejahteraan dan kedaulatan Islam kita. Allahu Akbar!!!!

Thursday, February 14, 2008

Kurang Ajar!!!

Akhbar cetak semula karikatur hina Rasulullah

Lakaran kontroversi gambarkan seseorang pakai serban berbentuk bom


COPENHAGEN: Beberapa akhbar utama Denmark semalam mencetak semula karikatur kontroversi yang menghina Nabi Muhammad SAW dengan lakaran seseorang memakai serban berbentuk bom.

Mereka mendakwa kononnya tindakan itu bertujuan menunjukkan komitmen mereka terhadap kebebasan bersuara selepas tiga orang ditahan kelmarin atas tuduhan berkomplot untuk membunuh lelaki yang melakar karikatur itu.

Lakaran itu, oleh Kurt Westergaard dan 11 karikatur lain menimbulkan kemarahan orang Islam di seluruh dunia dua tahun lalu apabila ia disiarkan oleh akhbar di Eropah.

Akhbar Jyllands-Posten, yang mula menyiarkan 12 lakaran itu pada 30 September 2005, mencetak semula karikatur Westergaard. Beberapa akhbar utama lain, termasuk Politiken dan Berlingske Tidende juga mencetak semula karikatur berkenaan, yang menunjukkan seseorang memakai serban berbentuk bom yang dilengkapi fiusnya.

Sebuah lagi akhbar tabloid, Ekstra Bladet turut mencetak semula semua 12 karikatur berkenaan.

Agensi perisik polis, PET, berkata dua orang keturunan Tunisia dan seorang warga Denmark daripada keturunan Maghribi ditahan kelmarin dalam serbuan yang diadakan pada awal subuh di Aarhus di barat Denmark.

Ketua PET, Jakob Scharf berkata tujuan operasi berkenaan adalah "untuk mengelakkan pembunuhan salah seorang pelukis kartun yang melakar karikatur Nabi Muhammad SAW. Jyllands-Posten mendakwa komplot itu ditujukan kepada Westergaard, 73, yang bekerja untuk akhbar berkenaan.

Scharf berkata suspek dari Denmark itu akan dibebaskan selepas disoal siasat tetapi dia masih boleh dikenakan tuduhan melanggar undang-undang keganasan Denmark. Dua lagi suspek keturunan Tunisia itu akan dibuang dari Denmark sebab mereka dianggap ancaman kepada keselamatan nasional, katanya.

Penyiaran karikatur itu mencetuskan bantahan besar-besaran dunia Islam pada awal 2006. Melihat reaksi itu, rakyat Denmark seolah-olah tidak percaya dengan kebangkitan kemarahan itu apabila bendera negara berkenaan dibakar dan kedutaannya diserang di beberapa negara Islam termasuk Syria, Iran dan Lubnan.

Barang dari Denmark juga diboikot di beberapa negara Islam.

Thursday, January 31, 2008

Doa to be Rich, Glorius and etc







This is doa to be RICH, GLORIUS and etc
Whether in this life or afterlife..InsyaAllah
Hope we all can be rich like Lim Goh Tong(hehe) and glorius like Rasulullah SWT..
Amin


Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template