Monday, February 25, 2008

Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi Menolak Penjenamaan Islam Dengan Pelbagai Nama


من التعبيرات التي يُشنِّع بها العلمانيون والحداثيون تعبير (الإسلام السياسي)، وهي عبارة دخيلة على مجتمعنا الإسلامي بلا ريب،

Ertinya : Antara slogan-slogan yang dipelopori oleh puak secular dan kumpulan modernisme adalah slogan 'Islam Siyasi', iaitu satu bentuk slogan asing yang telah memasuki masyarakat islam tanpa ragu lagi.

وهم يطلقون هذه الكلمة (الإسلام السياسي) للتنفير من مضمونها ومن الدعاة الصادقين الذين يدعون إلى الإسلام الشامل؛ باعتباره عقيدة وشريعة، وعبادة ومعاملة، ودعوة ودولة.

Ertinya : Gelaran yang mereka berikan ini iaitu "Al-Islam As-Siyasi" sebenarnya untuk menjauhkan orang ramai dari kandungan islam yang sebenarnya dan bagi menghambat dari para pendakwah ikhlas yang sentiasa mengajak kepada pelaksanaan Islam secara sepenuhnya, aqidah, syariah, ibadat, muamalat, dakwah dan kenegaraan.

وقد كنت رددت على هذه الدعوة، وفنَّدت هذه التسمية في فتوى مطوَّلة، ظهرت في الجزء الثاني من كتابي: (فتاوى معاصرة)، ويحسن بي أن أقتبس فقرات منها فيما يلي:

Ertinya : Sejak dahulu aku telah menolak ajakan (slogan) ini dan aku juga telah menolak penamaan (gelaran) sebegini dalam fatwa yang panjang lebar yang boelh dilihat dalam juzu kedua dari kitabku " Fatawa Muasiroh", maka eloklah aku memetik beberapa peranggan darinya sebagaimana berikut :-

هذه التسمية مردودة وخاطئة:

وذلك لأنها تطبيق لخُطة وضعها خصوم الإسلام، تقوم على تجزئة الإسلام وتفتيته بحسب تقسيمات مختلفة، فليس هو إسلامًا واحدًا كما أنزله الله، وكما ندين به نحن المسلمين؛ بل هو (إسلامات) متعدِّدة مختلفة كما يحب هؤلاء.

فهو ينقسم أحيانًا بحسب الأقاليم: فهناك الإسلام الآسيوي، والإسلام الإفريقي.

Ertinya :

Ini adalah penamaan (istilah) yang terolak dan salah

Ia sebenarnya adalah satu bentuk pelaksanaan perancangan yang diletakkan oleh musuh-mush Islam. Dibina atas asas ingin memecah-belahkan Islam dengan pembahagian-pembahagian yang berbeza sehingga seolah-olah ia bukan Islam yang satu seperti yang diturunkan oleh Allah s.w.t, dan seolah-olah ia juga bukan sebagaimana (Islam) yang umat dianuti oleh kita umat Islam. Mereka (telah wujudkan) banyak Islam yang berbeza mengikut kesukaan mereka.

Antaranya mereka bahagikan Islam kepada pembahagian sempadan seperti : "Islam Asia" dan "Islam Afrika"

وأحيانًا بحسب العصور: فهناك الإسلام النبوي، والإسلام الراشدي، والإسلام الأُموي، والإسلام العباسي، والإسلام العثماني، والإسلام الحديث.

Ertinya : Kadangkala mereka bahagikan menurut waktu " Islam Nabawi", "Islam Rasyidi (zaman khulafa)", "Islam Umayi", "Islam Abbasi", "Islam Uthmani", "Islam al-Hadith (moden)"

وأحيانًا بحسب الأجناس: فهناك الإسلام العربي، والإسلام الهندي، والإسلام التركي، والإسلام الماليزي... إلخ.

Ertinya : Adakalanya mereka namakan menurut jenis kaum seperti : "Islam Arabi", "Islam India", "Islam Turki", "Islam Malaysia" dan lain-lain.

وزادوا على ذلك تقسيمات جديدة: فهناك الإسلام الثوري، والإسلام الرجعي أو الراديكالي، والكلاسيكي، والإسلام اليميني، والإسلام اليساري، والإسلام المُتزمِّت، والإسلام المُنفتح، وأخيرًا الإسلام السياسي، والإسلام الروحي، والإسلام الزمني،!.

Ertinya : Dan mereka juga menambah pembahagian baru yang seterusnya : sehingga ada "Islam Thawri (revolusi), "Islam Radikal dan Klasik", "Islam Al-Yamini (Haluan Kanan)", "Islam Al-Yasari (Haluan Kiri), "Islam Al-Mutazammit (Rigid), "Al-Islam Al-Munfateh (terbuka) dan akhirnya wujud pula "Al-Islam As-Siyasi" , "Al-Islam Ar-Ruhi ( ruh), "Al-Islam Az-Zamani (semasa)

تقسيمات مرفوضة للإسلام:

والحق أن هذه التقسيمات كلَّها مرفوضة في نظر المسلم، فليس هناك إلا إسلام واحد لا شريك له، ولا اعتراف بغيره، هو (الإسلام الأول)، إسلام القرآن والسنة.

الإسلام كما فهمه أفضل أجيال الأمة وخير قرونها، من الصحابة ومن تبعهم بإحسان، ممَّن أثنى الله عليهم ورسوله.

Ertinya : Semua penamaaan dan pembahagian ini ditolak dalam Islam. Tiada Islam kecuali hanya satu Islam dan tiada sekutu atau pelbagai jenis baginya. Tiada harus memberi pengiktirafan kepada selainnya, yang diiktiraf hanyalah Islam yang terawal yang bersumber dari Al-Quran dan As-Sunnah. Islam yang difahami oleh sebaik-baik generasi dan kurun dari kalangan sahabat dan tabien yang telah dipuji oleh Allah dan RasulNya.

فهذا هو الإسلام الصحيح، قبل أن تشُوبه الشوائب، وتلوِّث صفاءه تُرَّهَات المِلَل وتطرفات النِّحَل، وشطحات الفلسفات، وابتداعات الفِرَق، وأهواء المُجادلين، وانتحالات المُبطلين، وتعقيدات المُتنطِّعين، وتعسُّفات المُتأوِّلين الجاهلين.

Ertinya : Inilah dia Islam yang benar, sebelum dicemari kekotoran dan kekarutan ideologi, falsafah, rekaan puak-puak, hawa nafsu para pendebat, penyusahan oleh puak pelampau, dan salahguna puak pentakwil yang jahil.


P/S: sudah terang lagi bersuluh. Ape yang dikatakn Dr Yusof Al-Qadrawi termasuklah Islam Hadhari. cuma tak sebut aje kerana islam Hadhari masih baru. mcm mn la kita nak bersatu menentang musuh (kafir) yang sedang sibuk mengasah parang, sedangkan umat islam masih lagi lena tidur, membuat penjenamaan islam dan sebagainya. Kenapa lah nak sibuk menjenamakan islam moden la..islam maju la..islam hadhari la..kan lebih baik kita usaha atas iman.. Mari la kite membawa perubahan dalam pemerintahan negara kita dengan memilih pemimpin islam yg sebenarnye..


0 comments:


Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template