KOTA BHARU 20 Feb. – Pas mengakui tidak mampu merealisasikan kewujudan negara kebajikan seperti yang terkandung dalam manifesto parti itu, kata Naib Presidennya, Datuk Husam Musa.
Husam berkata, Pas sedar mereka tidak mampu membentuk kerajaan dengan hanya 60 kerusi Parlimen yang ditandingi pada Pilihan Raya Umum Ke-12.
“(Negara kebajikan) itu, untuk pujuk rakyat supaya terima kita. Buat permulaan, kita tidak berhasrat memerintah negara, Pas hanya mahu mengurangkan majoriti dua pertiga yang diperoleh Barisan Nasional (BN) sebelum ini.
“Negara kebajikan itu sebagai tawaran. Kalau kita tak beri tawaran, macam mana rakyat nak buat pilihan,” katanya kepada pemberita bagi menjawab pertanyaan berhubung kesungguhan Pas mewujudkan negara kebajikan memandangkan parti itu hanya bertanding 60 kerusi Parlimen yang jauh daripada mencukupi untuk membentuk kerajaan walaupun menang di semua kerusi yang ditandingi.
Bagi membentuk majoriti mudah dan menguasai Dewan Rakyat, sesebuah parti perlu memenangi sekurang-kurangnya 112 daripada 222 kerusi Parlimen.
Pada pilihan raya umum lepas, BN memperoleh majoriti dua pertiga apabila memenangi 198 daripada 219 kerusi Parlimen.
Pas sebelum ini menawarkan negara kebajikan menerusi bantuan sara hidup bulanan kepada golongan miskin terutama warga emas, sistem pembelajaran percuma, mengurangkan harga petrol, memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) serta perkhidmatan kesihatan percuma.
P/S:Mmg la xmampu walaupun menang smue kerusi. Tapi BN kne ingt ade parti pembangkang yg lain. PAS xcm UMNO, MCA, MIC yg menyingkirkan parti-parti kecik komponennya drpd bertanding. Yg dier tau, bolot smue kerusi bertanding untuk memenuhi poket sendiri. KEADILAN sudah bersetuju dgn manifesto PAS. DAP juga dijangkakn akan bergabung dgn BA sekiranya BA menang bsor supaya meguasai Dewan Rakyat. Kite tunggu dan lihat. Yg penting skang undi la BA supaya mendapt lebih byk benefit seperti di Terengganu yg dimansuhkan bayaran tol sewaktu pemerintahan PAS. Harga petrol jugak tidak akan naik malahan akan dikurangkn lg mengikut janji2 PAS. PAS tidak akan mengecewakn rakyat Malaysia seperti BN kerana pemimpin PAS terdiri drpd pemimpin yg bertakwa, jujur dan mengikut ajaran islam yg sebenar (bkn islam Hadhari)
0 comments:
Post a Comment