Thursday, February 21, 2008

Manisfesto Pas


1.Menurunkan harga bahan bakar (Petrol dan Diesel) dengan pendekatan ‘subsidi’ bagi menangani ‘inflasi’ harga barang keperluan dan seluruh kos perkhidmatan.

2.Merapatkan jurang agihan kekayaan antara kaya miskin dalam kaum dan antara kaum dengan
menekankan aspek pendidikan dan peningkatan sumber pendapatan.

3. Menghapus kira semua pinjaman tertunggak PTPTN

4.Mengembalikan pendidikan percuma di peringkat IPTA.

5.Mengembalikan semula pemberian biasiswa sebagaimana yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.

6.Skim Pembiayaan Kesihatan Nasional (SPKN) setiap rakyat yang tidak mempunyai Skim Perlindungan Kesihatan daripada majikan masing-masing agar dapat menikmati perkhidmatan
kesihatan yang berkualiti di semua hospital kerajaan atau pun swasta.

7.Melaksanakan Akta Gaji Minima berdasarkan permuafakatan di antara majikan dan kesatuan
sekerja, sesuai jenis pekerjaan dan dengan keperluan tuntutan kualiti hidup yang munasabah
serta bersejajaran dengan amalan negara Asean.

8.Potongan cukai untuk individu adalah sebanyak RM12,000 setahun

9.Memperkenalkan cuti bersalin 90 hari dan cuti kebapaan 7 hari tanpa had bilangan anak.

10.Elaun Khas buat ibu tunggal dan memperkenalkan Takaful Armalah

11.Memperkenalkan konsep bekerja dari rumah untuk para wanita dengan memberikan
pelepasan cukai kepada syarikat untuk perbelanjaan membeli peralatan pejabat dan
komunikasi.

12.Untuk kesihatan dan kegiatan sukan, PAS akan mewujudkan Pusat Sukan dan Rekreasi Khusus untuk kaum wanita.

13.Waktu kerja Anjal akan terus diperkasakan bagi memenafaat serta tidak mengorbankan
kepentingan institusi keluarga.

14.Mengenalkan Undang-undang bagi mengelakkan wanita dieksploitasi untuk kepentingan komersial.

15.Meningkatkan kualiti hidup nelayan pantai dengan menyediakan perumahan tersusun serta
peluang baru pekerjaan di dalam kegiatan perikanan tajaan Kerajaan atau Persatuan
Nelayan Kawasan (PNK) agar pendapatan bulanan melebihi RM1200 sebulan.

P/S :Byk faedah kepada rakyat kalo kite ngundi BA. Manifesto PAS ni pasti akan telaksana sekiranya keuntungan negara dimanfaatkn sepenuhnya kepada rakyat.Tidak seperti BN yang mementingkn pembangunan (kononnya) tetapi rakyat makin lama makin miskin. Lebih baik negara xde bangunan tinggi2 dr rakyat sendiri yg makin lame makin teseksa dengan kos hidup yg semakin tinggi. Dh la dgn harga barang-barang keperluan semakin tidak munasabah, ditambh pulak dgn cukai yg semakin naik, bayaran tol (masuk poket Samy Vellu), dan etc. Ini lah padah kalo rakyat tetap memilih BN (BARANG NAIK)

Contoh-contoh 'HADIAH' BN kepada rakyat

•KOS SARA HIDUP MEMBEBANKAN RAKYAT!

•KESELAMATAN RAKYAT SEMAKIN TERANCAM!

•TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKYAT TERABAI!

•JURANG KAYA-MISKIN SEMAKIN MELEBAR!

•PENDIDIKAN DAN KESIHATAN DIJADIKAN PERNIAGAAN CARI UNTUNG!

•PENYELEWENGAN KUASA DAN RASUAH PARAH DAN MEMBARAH !

•KHAZANAH DAN KEKAYAAN NEGARA DIBOLOT KRONI !

•PRINSIP DEMOKRASI DICABULI DAN HAK-HAK ASASI RAKYAT DINAFIKAN !

Untuk maklumat lebih lanjut, Download Di sini.. MANIFESTO PAS

0 comments:


Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template