SAYA ingin menarik perhatian pengundi yang bakal menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Umum, 8 Mac ini. Bagi pembaca yang mempunyai hasrat untuk mengundi parti pembangkang, mereka perlu berfikir lebih daripada sekali sebelum berbuat demikian. Satu undi yang diberikan akan menentukan masa depan diri, keluarga dan generasi kita.
Pada tarikh itu, keputusan yang dibuat hendaklah didasarkan kepada rasional atau akal yang sedar. Membuat keputusan secara emosional bermakna memperjudikan nasib. Segala sifat taksub kepada parti dan tuan guru atau bertaklid kepada ungkapan pemimpin dalam membuat keputusan hendaklah diketepikan.
Pengundi kini sudah bijak membuat keputusan. Oleh itu, mereka sewajarnya mengambil sedikit masa untuk membaca dan membandingkan beberapa manifesto parti bertanding dalam pilihan raya kali ini. Manifesto adalah janji yang akan kita peroleh untuk lima tahun akan datang.
Cuba teliti dengan hati murni dengan Manifesto Pas kali ini yang menjanjikan sebuah negara kebajikan.
Mampukah Pas menunaikannya jika menang dalam pilihan raya kali ini?
Namun, pada pilihan raya kali ini, Pas hanya bertanding tidak sampai 70 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen. Diandaikan semua kerusi yang dipertandingkan dimenangi Pas, mereka masih tidak mampu membuat perubahan di Parlimen.
Negara kebajikan hanyalah utopia seperti pernah dikhayalkan Plato dalam teori Negara Ideal atau al-Farabi dalam falsafah 'al-Madinah al-Fadilah'.
Pas hanya berjanji yang mereka sendiri sedar tidak mungkin dapat dilaksanakan bagaikan kata pepatah 'menanam tebu di tepi bibir.'
Perkara kedua yang perlu difikirkan penyokong Pas kali ini ialah ke mana perginya cita-cita Pas untuk mendirikan negara Islam selama ini. Sejak era Dr Burhanuddin al-Helmi, kesungguhan Pas untuk mendirikan negara Islam, melaksanakan hudud, negara bebas daripada riba tidak pernah lekang daripada manifesto dan perjuangan Pas.
Kenapakah kali ini perjuangan suci ini dileburkan? Adakah demi kemenangan dalam pilihan raya, segala prinsip diabaikan? Jika demikian, bermakna Pas mengamalkan teori politik Machiaveli 'the ends justify the means,' iaitu matlamat menghalalkan cara?
Tidak dinafikan kebelakangan ini falsafah Barat diislamisasikan menjadi falsafah Pas, termasuk menghalalkan budaya demonstrasi dan menerima falsafah relativisme (semua pandangan sah). Pas patut sedar, demonstrasi adalah bertentangan dengan prinsip penjagaan lima perkara dalam Islam, antaranya menjaga harta dan nyawa.
Mengenai falsafah relativisme, Pas kini mengharuskan perkara yang sebelumnya diharamkan, termasuk menerima musuh sebagai sahabat sebagai calon pilihan raya di Kelantan; menyokong calon bukan Muslim sebagai calon parti di Johor dan meletakkan ramai calon wanita, sedangkan sebelum ini wanita dikatakan tidak boleh bergaul di kalangan lelaki hinggakan mereka dilarang menyertai pilihan raya dan tilawah al-Quran.
Untuk pilihan raya kali ini, kita perlu bermuhasabah dengan ikhlas sebelum membuang undi.
AYAH CIK AL-THANI,
Kampung Rawai, Marang,
Terengganu.
P/S: Ape kes la org ni? Manifesto 2 xbc btul2 pas2 leh lak nk anto surt kt berita harian. nk ckp xngaji kt skolah marah, tp mmg cm org xngaji/blajo. Meh aku terangkn setiap inci dalm manifesto PAS 2. Mmg btul PAS hanya menghantar lebih kurg 60 percalonan sahaja, tapi jika digabungkan dengn percalonan drpd PKR dan DAP sudah melebihi 2/3 darpd 222 kerusi yg dipertandgkn.DAP xtermasuk dlm BA?Mmg DAP bkn lg anggota BA tetapi sekiranya BA mencapai kemengn besar, dijangkakn DAP akan bekerjasama dgn BA untuk membentuk kerajaan.nk lagi jelas sila bc HARAKAH , jgn bc media nasional kerana sudah dimanipulasikan oleh BN. Negara Islam??dalam manifesto PAS tidk pernah ketinggln atau diabaikan perkataan Islam. Janji yang pertama(yang paling ditekankn) sekali sudh disebutkn menegaskan perhayatan islam sebagai Ad-Deen bg ummat negara ini. Maksudnye pembinaan negara islam la 2. Xkn AYAH CIK AL-THANI xphm kot. tp kalo org Umno mmg lebih dr 80% xkn phm perkataan Ad-Deen. Yg die tau Islam Hadhari. Ntah drpd rujukan mane yg keluarnyer perkataan Islam Hadhari tersebut..Nauzubillah...Demostrasi?? Presiden PAS, Hadi Awang menyatakan demostrasi secara aman dibenarkan sekiranya PAS memerintah. Sekiranya dah melampaui batas, tangkapan akan dilakukan. Ini mematuhi hukum islam yang menyatakan rakyat dibenarkan menegur kerajaan sekiranya kerajaan melakukan kesilapan ataupun kezaliman tidak seperti BN yang gila kuasa menghukum rakyat yang meluahkan rasa tidak puas ati dengan menembak dengn peluru hidup dan dihumban ke penjara tanpa pembicaraan. Ini baru melanggar hukum Islam yang sebenarnya, bukan Islam main-main(Hadhari). Ade penambahan, skiranya saluran lain tidak berkesan untk menegur kerajaan PAS,demostrasi adalah alternatif. PAS tidak mengharamkan berkawan dgn org bukan Islam. Tetapi kalo orang bukan Islam itu jahat mcm hantu (Samy Vellu, Chan Sek Lek, Lingam etc) mmg la xptt kawan.Org gila pn tau org cm ni xptt dijadikan sahabat. Calon wanita?? mmg la suara wanita itu aurat, HARAM untuk mepamerkan suara secara lunak kepada org bukan muhrimnya. Tilawah itu yg mempamerkan suara lunak wanita. So ape hukum nya?haram la bg perempuan.Tetapi berkempen itu lunak kah suara calon wanita tersebut? Puteri UMNO je yg ske mengunakan kelunakannya dan tidak menutup aurat, ditayangkan untk memancing undi.Mane x,kes rogol makin menjadik2 di Malaysia. Dikatakan perempuan tidak layak menjadi ketua??perempuan mmg sudah diketahui dipenuhi emosi drpd mengunakn akal ketika membuat sesuatu. tetapi jika wanita tersebut mampu untk menangani nya,mst la akan dicalonkan oleh PAS kerana smue calon-calon PAS merupakan calon yg ditentukan oleh Majlis Shura PAS. Bukan melalui anak beranak,adik beradik, duit dan etc. Cnth terbaik pemimpin wanita adalah Aisyah bt Abu Bakar r.a yg mengetuai peperangan. Ini baru memimpin kawasan yg tidak la sebesar Singapore sudah ade suare sumbg drpd pengampu BN untk melagakan kaum wanita dan kaum lelaki di Malaysia.