Wednesday, March 19, 2008

Sosej xhalal!!!



























Berikut adalah senarai brand sosej yg tidak halal. 6 jenama sosej yang telah dikenalpasti dicampur usus babi adalah

  • Gourmessa
  • Muller's Haus
  • Dew Fresh
  • Puteri
  • Miami Butcher House
  • Maspac

Pengilang yang mengeluarkan produk sosej yang menggunakan usus babi dan memasarkan di pasaran tempatan adalah;
  • Deluxe Food Services Sdn Bhd di Shah Alam (Gourmessa)
  • German Delicatessen - Subang (Muller's Haus dan Dew Fresh)
  • Puteri Pan Pacific (Puteri)
  • MiamiButcher House - Batu Feringgi (MiamiButcher House)
  • Omcorp Sdn Bhd - Bukit Angkat Kajang (Dew Fresh)
  • Pacific Refgerating Sdn Bhd (Maspac)

Projek Koordinator PPIM, Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, di antara hotel dan restoran yang disyaki menyajikan dan menjual sosej menggunakan usus babi adalah
  • Palace of Golden Horses
  • Coffee Bean Tea Leaf
  • Hotel Equatorial
  • Ikea Cafe
  • Muller Sausage.

Sila sebarkan pada rakan2 islam yg lain supaya mereka tidak tertipu dengan usaha musuh islam yg mengunakan kekejaman terhadap umat islam tanpa disedari oleh kita.

Kedah turunkan 30% cukai tanah




















Selepas Selangor yg menunaikan bakti kepada rakyatnya selepas memberi 20 meterpadu air percuma pd bulan April ini, tiba pula giliran Kedah meberi kebajikan kepada rakyatnya. Kerajaan negeri Kedah akan menurunkan kadar cukai sebanyak 30% kepada keseluruhan rakyatnya. Penurunan cukai tanah untuk semua kategori tanah ini adalah sebahagian daripada manisfesto BA sekiranya menawan negeri terbabit. Ini pasti akan mengembirakan rakyat Kedah yg sedang mengalami beban kehidupan yg semakin meningkat ekoran kemajuan yg juga meningkat di Kedah. PAS yg dikatakan parti yg mundur dan tidak menyokong pembangunan oleh musuh politik nya akan menghadiahkan tiket percuma kepada rakyatnya untuk menyaksikan perlawanan bola sepak antara pasukan Kedah dengan pasukan terbaik dalam Liga Super. Seterusnya mungkin akan mendorong rakyat Kedah untuk lebih berminat dan seterusnya menyokong bola sepak tanah air kita. Satu pendekatan yg cukup halus yg dilakukan oleh Menteri Besarnya, Azizan. Selain itu, elaun menteri besar dan semua anggota exco kerajaan negeri akan dipotong. Ini untuk mengelakkan pembaziran duit rakyat dengan menbayar elaun2 yg tidak munasabah. Untuk mengalakkan pertumbuhan ekonomi Kedah sentiasa meningkat, Pulau Langkawi, pulau yg mengamalkan industri pelancongan sebagai sumber ekonominya dan Kedah akan dimajukan lagi dengan menambah produk pelancongan termasuk menarik lebih ramai pengembara dari Timur Tengah yg merupakan pelancong yg lebih bersopan dan berhemah berbanding dengan pelancong Barat. Sebagai sebuah parti yg mengamalkan Islam sebagai sumber perjuangan, Azizan akan menyediakan kemudahan kolam mandi yg berasingan untuk wanita dan lelaki di sebuah hotel bertaraf enam bintang di Pulau Langkawi. Tahniah Azizan yg melaksanakan kemajuan di bumi Kedah tetapi tidak lupa dengan Islam yg merupakan teras kehidupan manusia sejagat. Ini akan membuktikan kepada rakyat Malaysia yg menolak PAS kerana meletakkan Islam sebagai perjuangan yg PAS mampu memajukan Malaysia tanpa menolak hukum-hukum Islam yg adil kepada orang Islam dan orang bukan Islam.

Monday, March 17, 2008

Rakyat Selangor dapat 20 meter padu air percuma mulai April

Rakan-rakan. Inilah faedah yg rakyat Selangor terima untuk berubah. Perubahan yg sihat ini daripada kerajaan BN kepada kerajaan BA menjadikan rakyat selangor semakin dilimpahi rahmat. Mungkin rakyat selangor juga akan menerima habuan daripada kerajaan BA dan mungkin juga daripada BN seperti rakyat negeri Kelantan dan Terengganu yg sering mendapat duit subsidi beratus2 ringgit daripada kerajaan mereka. Kini sudah tibanya giliran rakyat Selangor pulak menikmati hasil kekayaan negeri mereka. Apa salahnya membelanjakan wang kerajaan kepada rakyat mereka?? Itu merupakan duit rakyat juga. Adakah negeri Selangor akan dilanda bankrupsi seperti yang diwar-warkan Timbalan PM kita jika kerajaan BA menerajui Parlimen Malaysia, mereka akan menurunkan harga minyak sebanyk 30sen, negara akan bankrup..Ingat la sahabat, Arab Saudi menurunkan 30% daripada harga minyk mereka untuk kebajikan rakyat mereka. Arab Saudi pengeluar minyk utama?? Malaysia merupakan pengeluar minyk yg berkualiti tinggi yang didakwa hanya kegunaan engin jet. So mesti harga minyak Malaysia berkali ganda harga minyak daripada harga minyk Arab. Apa salahnya memberi rakyat sedikit kesenangan. Sekarang PKR baru beberapa hari memerintah sudah memulakan kebajikan-kebajikan kepada rakyat Selangor. Manifesto Selangor yang menyatakan ingin memberi bantuan kepada ibu tunggal, orang tua, anak yatim dan pelajar-pelajar pasti akan menerima tindak-balas yang positif daripada rakyat. Tak salah menerima RM50 setiap bulan daripada tak menerima apa-apa walaupun bangunan-bangunan tinggi tersergam indah di Selangor tetapi hanya mampu melihat dan berlegar di tepi-tepi pintu masuk bangunan tersebut. Bangunan-bangunan tersebut dikatakan dijadikan bangunan tarikan pelancong, tetapi anak-anak muda kita yang lebih memenuhi bangunan tersebut daripada pelancong asing dengan menghabiskan masa membuat kerja-kerja yang tidak berfaedah dan bermoral. Adakah ini yang diperjuangkan oleh rakyat Selangor setelah 50tahun merdeka? ternyata tidak kerana mereka mengambil tindakan drastik yang akan mengubah cara hidup mereka sepenuhnya. Pemberian 20 meter padu air secara percuma kepada seluruh rumah-rumah di Selangor yang menelan belanja hanya hampir RM11.4 juta sebulan (keperluan pemimpin-pemimpin dan raja-raja sebulan beratus juta ringgit dibelanjakan tak pernah dipertikaikan rakyat) adalah contoh terbaik yang akan mengubah kehidupan rakyat Selangor yang kini makin dihimpit kesusahan ekoran pelbagai kenaikan barang-barang keperluan yang dilakukan oleh kerajaan terdahulu. Berbanggalah kamu wahai rakyat Selangor yang mengekori jejak Rasulullah SAW junjungan kita yang berhijrah daripada keburukan kepada kebaikan walaupun terpaksa meninggalkan bumi kelahiran tercintanya. Syabas Selangor, Syabas PKR kerana memberi kebajikan yang tidak terhingga kepada kami, rakyat Selangor. Apa lagi rakyat negeri lain, terima lah perubahan yang menguntungkan semua pihak. Wassalam

Friday, March 14, 2008

Chelsea??? The best Team ???

Huhu..sjak akhir2 ni asik cter pasl politik jer..boleh kne AUKU kalo kantoi dengn pihak U..biase la sokg pembangkang. kalo sokg kerajaan mesti dpt duit suh develop lg blog ni..haha..ni nk cter ckit psl Chelsea lak..Aku mmg mint gler la dr dl lg ngn team chelsea ni walaupun mse dierg xsepower skang..Sbb mint???aku mint sbb lagu dier..CHEL,SEA CHEL,SEA..kalo penyokong lain dengar jer lagu chelsea ni mst pans jer sbb lagu ni mmg best kot, 2 dierg dengki..hehe..Baru2 ni perlawanan Chelsea dengn Derby mencatatkn kemenangan besor yg tidk dijangkakn..6-1..Lampard yg sedang mengalami kontroversi dengn khabar angin bahawa Manager Chelsea Avram Grant(manager yahudi yg sengl) ingin menandatangani Diego pemain yg dikatakan lebih berbakat berbanding dengn Lampard menjaringkn 4 gol pd perlawanan tersebut. Ini menunjukkn dier xbebaloi disingkirkan kerana masih mempunyai bisa yg menaikkan nama Chelsea bersama2 Mourinho pada season2 yg lepas setanding dgn Liverpool, Manchester United dan Arsenal. Pada season ini, Chelsea berada di tangga ke-3 berjaya merapatkn jurang Premier League dengn Arsenal di tangga pertama dengn beza 5 mata berbaki satu perlawann lg. Di Champion League pulak, Chelsea yg sudh dijangkakn memasuki 8pasukan terbaik akan bertembung dgn pasukan drpd Turki iaitu Fenerbahce. Fenerbahce yg mempunyai pemain star seperti Roberto Carlos dan Alex dijangka akn menghadapi saingn yg sukar daripd Chelsea. Sekiranye Chelsea kalah di tangn Fenerbache, Avram hanya mempunyai satu sje peluang terakhir iaitu memenangi Premier League. Jika tidak dier akan dipecat. Tetapi Chelsea tetap dijangka akan memenangi Champion League ini..Walaupn pn yg terjdk, Chelsea tetap pasukan yg terbaik sekiranya dipimpin oleh manager yg bagus..All the best THE BLUES..

Wednesday, March 12, 2008

Dasar Ekonomi Baru..Ape Kata Mereka??

Utusan Malaysia atau secara tepatnyer media perdana mengulas mengenai pembatalan DASAR EKONOMI BARU yg menegakkan atau memperjuangkan nasib ekonomi kaum melayu di Pulau Pinang.. Penerangan media perdana ini tidak la secara menyeluruh sehingga boleh menimbulkan ketakutan dan perasaan marah tehadap DAP yg dikatakn parti Cina(DAP bkn parti Cina tetapi parti Nasional yg tidak menghalang kaum2 lain menyertainya. So di sini disertakn pelbagai ulasan daripada pihak DAP dan Harakah kerana tidak adil la kalo sesuatu tindakan yg dilakukan sesetengah pihak diadili oleh musuhnya yg mempunyai niat untuk menjatuhkannya. Untuk KEADILAN la kite kne juga menbaca ulasan2 daripada pihak DAP yg melaksanakn pembatalan DEB ini. Jgn la kite adili sesuatu tanpa sebarg kajian yg sahih atau kite hanya membaca sebelah pihak sahaja. Begitu juga dengn berita2 yg memburukn BN kesygn rakyat Malaysia terutamanya para wanita kite (hehe). Kita patut membuat kajian yg sedalamnya sebelum menyebarknnyer.





1) Ini ulasan DAP


http://www.dapmalaysia.org/english/2006/april06/bul/bul2978.htm

nk copy paste pnjg sgt..so bc la kt cni link di atas k

2) Ini pulak daripada Harakah

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Hrkh) - PAS bersetuju dengan tindakan pihak kerajaan Pulau Pinang yang diketuai oleh DAP melalui Ketua Menterinya, Lim Guan Eng yang tidak mahu mengguna pakai Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang berkata beliau bersetuju dengan tindakan DAP yang mahu mengkesampingkan sebahagian daripada dasar yang terkandung di dalam DEB.

"Setakat ini, DEB telah disalahgunakan sehingga terjadinya amalan rasuah, penyelewengan dan unsur nepotisme yang berleluasa dalam kerajaan negeri itu sebelum ini.

"Justeru, kita telah meminta supaya semua wakil rakyat PAS agar mengisytiharkan harta mereka kepada umum untuk mengelakkan masalah seperti itu berlaku," katanya dalam Sidang Media di Pejabat Agung PAS,Jalan Raja Laut petang tadi.

Jelasnya, DEB mempunyai kebaikannya kepada rakyat namun Umno-BN telah mengkhianatinya.

"Kita kena teruskan apa yang baik seperti membela nasib orang melayu yang miskin dan tidak merampas harta orang bukan Melayu," ujarnya.

Selain itu, beliau turut menjawab persoalan mengenai persoalan projek-projek yang masih dalam proses selenggaraan yang ditinggalkan oleh kerajaan Umno-BN.

"Kita akan teruskan projek-projek tersebut cuma kita berharap kerajaan pusat tidak menyekat pelabur yang datang dengan meniupkan berita negatif yang boleh menakut-nakutkan mereka," katanya lagi.


P/S: ini la ulasan2 drpd pihak DAP dan Harakah.. So diharap smue para pembaca bertenang kerana perkara ini sgt sensitif dan boleh menimbulkan perasaan perkauman terutama di kalangan kaum Melayu yg selama ini ditindas di Pulau Pinang.. Hope para pembaca mendapat info yg berguna dan tidak terlalu cepat membuat sebarg keputusan.. Keputusan Di Tangan Anda..Peace


Tuesday, March 11, 2008

ANTARA MENGUMPAT DAN MEMBERITAHU.

aaahhh,ni ade satu cite yg menarik..cite mengenai pemimpin BN yg menuduh pemimpin PAS mengeluarkan fatwa dibolehkan mengumpat..kt bawah ni penerangan atau hujah2 yg dikeluarkan sendiri oleh dr Lo'Lo(Parlimen Titiwangsa) berserta bukti2 yg kukuh samaada mengumpat pemimpin BN dibolehkan atau tidak....


1. Umat Melayu adalah satu umat yang special. Umat Melayu adalah satu umat yg lembut, berhemah dan bersopan santun. Umat Melayu bukan jenis memaki orang, bertengkar kasar, tetapi satu umat yang banyak mengalah dan memendam rasa. Walaupun begitu, berhemah dan bersopan santun umat Melayu tidak bermakna mereka tidak menyimpan didalam hati. Jika umat Arab boleh bertengkar begitu hebat, mereka juga boleh baik dengan kadar hampir serta merta. Mereka boleh bersalam, bercium dahi dan kemudiaanya pergi seolah olah tidak ada apa apa yang berlaku. Umat Melayu belum tentu demikian, didepan tidak ada apa berlaku, didalam hati atau di belakang mungkin banyak yang berlaku.

2. Oleh kerana umat melayu yang berhemah tinggi, perkara mengumpat adalah satu perkara yang dibenci. Jika didalam arena politik, ahli politik A memberitahu akan keburukan ahli politik B, umat melayu dengan mudah mengatakan ahli politik A telah mengumpat. Mereka begitu benci jika ini berlaku walaupun tanpa mereka sedari, gossip dan umpat adalah perkara lumrah dalam kehidupan mereka terutama apabila di kedai minum teh dan juga di pejabat. Dan kalau ahli politik A menggunakan perkataan yang agak keras, dengan mudah ahli politik A dikatakan memaki hamun.

3. Walaupun aktiviti mengumpat adalah biasa didalam masyarakat melayu, terutama nya didalam dunia pekerjaan dipejabat, mereka merasa janggal apabila orang politik menyebut kesalahan demi kesalahan kerajaan yang memerintah. Adakalanya ahli politik ini ada menyebut serba sedikit hal individu individu tertentu dan memang diakui ada yang terlebih sedikit dalam sebutan mereka. Mereka ini dituduh sebagai membuka kesalahan orang lain.

4. Persoalannya, ADAKAH SALAH UNTUK KITA MENYEBUT KEBURUKAN ORANG LAIN DIDALAM SEMUA PERKARA?

5. Jawapan yang ingin saya utarakan ialah, APABILA KITA MENYEBUT KESALAHAN ORANG LAIN, TIDAK SEMUANYA DIKATEGORIKAN SEBAGAI MENGUMPAT, terutama didalam usaha menegakkan keadilan dan memilih kepimpinan negara.

6. Jawapan saya itu adalah berdasarkan kepada pendapat 2 ulama besar, iaitu imam Ghazali didalam buku Bimbingan Mukminin, dan imam Yusuf Qardhawi didalam buku Halal Dan Haram Dalam Islam.

7. Imam Ghazali mengariskan 6 perkara yang membolehkan menceritakan hal orang lain. Iaitu

a. Didepan hakim didalam membela seseorang dari penganiayaan.

b. Apabila meminta bantuan orang lain untuk mengubah sesuatu kemungkaran atau mengembalikan seseorang ke jalan kebaikan.

c. Mengingatkan seseorang Muslim kepada sesuatu kejahatan seseorang. Dimana tujuannya mengingatkan orang lain supaya menjauhkan diri dari orang itu. Begitu juga didalam kes membincangkan kesesuaian seseorang untuk menjadi suami atau isteri , iaitu didalam pemilihan pasangan hidup.

d. Apabila seseorang itu memang sengaja terang terang membuat kefasikan dan bermegah megah dengan perbuatan itu.

e. Ketika meminta fatwa atau penerangan sesuatu hukum dalam ugama.

f. Apabila seseorang itu terkenal dengan sesuatu gelaran, maka tidak salah untuk menyebut gelaran itu walau menyebut gelaran itu bagaikan mengumpat.


(Adakah pembeliaan jet mewah utk PM dan pemimpin lain MENGGUNAKAN DUIT RAKYAT satu fitnah dan umpatan?DrLo'lo')

8. Bertolak dari perkara 6, terutama perkara 6a & 6c, dimana memberitahu akan keburukan orang dibolehkan kerana ada kepentingan menegakkan keadilan dan memilih pasangan, maka boleh ditakrifkan bahawa DIDALAM MEMILIH KEPIMPINAN KITA DIBOLEHKAN UNTUK MEMBERITAHU AKAN KEBURUKAN ORANG JIKA PERLU.

9. Memilih kepimpinan negara adalah suatu perkara yang amat penting. Salah pilih kepimpinan, bukan saja negara akan menghadapi bahaya, ianya juga akan mencengkam dan menzalimi rakyat. Mereka akan menghabiskan harta negara dengan perangai korupsi mereka dan berbillion ringgit akan hilang.

10. Walaubagaimanapun didalam usaha untuk menerangkan dan memberitahu bahawa orang tertentu tidak layak untuk menjadi kepimpinan negara, adab adab masih perlu dijaga. Ianya mestilah tidak sampai hingga ketaraf menghina orang itu.

11. Pemberitahuan itu hanya untuk menerangkan orang ramai bahawa orang begini tidak layak memimpin negara. Imam Yusuf Qardawi didalam membicarakan mengenai memberitahu keburukan orang lain kerana sesuatu kepentingan berkata "Dan jika kepentingan itu dapat ditempuh dengan sindiran maka tidak boleh berterang-terangan atau menyampaikan secara terbuka". Cuma kadang kadang penggunaan sindiran tidak memberitahu perkara sebenarnya dan hanya membuatkan orang keliru dan tertanya tanya.

12. Tapi pokoknya, didalam usaha memberitahu keburukan orang lain dalam pemilihan kepimpinan, kita perlu berhati hati dan menjaga adab sebaiknya. Tetapi jangan kita pula menolak ada kalanya memang ada keperluan untuk memberitahu keburukan orang lain, untuk memastikan mereka yang bersih sahaja memegang tunggak kepimpinan.

Saya sertakan disini, beberapa mukasurat buku bimbingan mukminin dan buku yusuf qardawi yang telah saya scan.

Sila download dari link ini. http://www.savefiles.net/d/jx6i2j4y4oeivqq.html

P/S: diharap para pembaca akan membaca untuk mendapatkan gambaran sebenar. Jangan mudah untuk tidak bersetuju sebelum membaca helaian buku tersebut ataupun helaian buku buku lain. Umat islam juga jgn menyempitkan fikiran dengn menerima apa saje yg diberi atau yg diterangkan oleh sebelah pihak saje. Sepatutnye dgr dahulu dr kedue2 pihak dan seterus nyer selidik melalui melalui sumber2 yg boleh dipercayai(interent zaman skang boleh didapati dimana2 saje). Insyaallah akan mendapat ilmu yg tidak pernah kita ketahui seterusnya memajukan lagi diri kita dengn mengamalkan ilmu2 yg berfaedah tersebut..

Penipu

ni satu pengajaran kepada mereka yg ske BID kt lelong.com dan ebay.. de sekor makhluk Allah ni yg sedang menjalankan aktiviti yg sgt dibenci oleh manusia2 yg gemar bid barg di laman web yg tertera di atas. Makhluk Allah itu bernama JASMI BIN SHAHRUDDIN atau MOHD ISA BIN ISMAIL. aktiviti yg dijalankan adalah menipu adalah dan telah memperdayakan ramai insan terutama di kalangan pengunjung setia di ebay.com.my dan lelong.com.my. Sesiapa yang pernah ditipu oleh IBLIS ini dipersilakan membuat report polis dan consumer tribunal. Salah sorang mangsa (Noriszan) telah mencipta satu blog mengenai si iblis laknat ini. Jika anda salah seorang mangsa atau bakal mangsa sila baca blog beliau.

http://jasmi-victims.blogspot.com/

Ini adalah tactic yg sering digunakan oleh si Jasmi ini

membuat tawaran barangan murah di ebay.com.my dan lelong.com.my. Dengan tawaran harga murah ramai yang terpedaya. Jasmi ini mengaku barang murah sebab underwater (kastam rampas). Selepas berbalas email (supremacy222@gmail.com) dan sms, Jasmi ini siap bagi nombor akaun cimb (14180076165521) dan nombor ic sekali (620421-08-5055).

Selepas bayaran dibuat, maka dier akan terus offkan handphone (017-2789823). Kita tunggulah barang bagai nak gila.

Ini adalah maklumat detail Jasmi

Name : Jasmi Bin Shahruddin
I/C :620421-08-5055
email:supremacy222@gmail.com
CIMB A/C :14180076165521

A-1-7
Menara CT 1
Jalan Munshi Abdullah
50100 Kuala Lumpur
Tel No : 26931847

Name: En. Mat
E-mail: jualaku4u@gmail.com

For the bank references:
Name: Mohd Isa Bin Ismail
A/c: CIMB BANK 1408-1254-9905-21
IC No: 651013-10-7165

Kalo xcye atau ragu2 gak..sila rujuk link ini

http://forum.lowyat.net/topic/503569/+20
http://forum.lowyat.net/topic/616954/+20
http://forums.ebay.com.my/thread.jspa?thre...009&start=0

P/S: Beware before to LATE!!!




Dun Chempaka yang Kontroversi

Lama dh xpost dlm blog ni. bz sangat. bz dgn keje yg xbekesudahan walaupun dh final sem. lagipun semangat dengn pilihan raya 8 Mac yg lepas kn.xde mase nk layan blog.hehe. 6 Mac dh balik KL sebab nk tgk suasana pilihanraya yg bakal menempah sejarah Malaysia (Sori Cik Siti sbb terpakse ponteng kelas Statistic..). Dalam perjalanan balik time melalui genting sempah leh lak de tanah runtuh. ckit je yg runtuh.tp leh lak ttp 2 line jalan.tinggl 1 line je.dkt 30 minit gak la tesangkut kt cne.nasb baik kire kjap.2 pn rse nk muntah sbb bus transnasional(dh la buruk, aircond pn semput je, pas2 begegar2 lak).Kire mabuk gak la dok dlm bus 2. Mungkin tanah runtuh 2 petanda bahawa Parti Pembangkang akan menang besor..masuk jer kl nmpk la ckit bendera2 BN dgn BA tergantung cne,cni.tp mmg KL dgn selangor mmg relek je suasana pilihan raya. Kereta yg semangat tampal bendera parti pilihan masing2 pn kurang(takut kete kne pecah kot sbb perbuatan khianat). Sampai je umah dekat Pandan Indah dimaklumkan family, calon PAS yg bertanding kawasan Pandan indah(DUN Chempaka) merupakan ISKANDAR BIN ABDUL SAMAD berjawatan arkitek dan lawan nyer calon BN, NOSIMAH BINTI HASHIM. Tgk je muke nmpk mne yg lg sesuai jdk wakil rakyat DUN Chempaka(kahkahkah).. Seperti yg dijangka2 kn.Iskandar memenangi kerusi Chempaka dengan majoriti 1,048 .Tahniah buat beliau. Semoga manifesto beliau untuk memerangi rasuah yg dilakukan MPAJ berjaya.

MPAJ mmg sudah dikenali dgn rasuah nyer. Lori2 yg tidak sepatutnya diletakkan di kawasn perumahan berada di hadapan rumah saya sendiri. penduduk penah membuat ratusan mungkin ribuan surat aduan tetapi tidk diendahkan. Smpi kn penduduk penah bergaduh dgn pemilik lori td sehingga dier membuka pekong nyer sendiri mengatakan pemilik lori td byr setiap bulan kepada pihak MPAJ kerana hendk parking di kawasan perumahan Pandan Indah. ini dikira rasuah kerana mengambil wang drpd mereka yg membuat kesalahan supaya menutup kesalahan td. MPAJ juga terkenal dgn kaki temberang nyer. Sampah2 penah tidk diangkat selama beberapa minggu (Kalo sampah2 dibiarkan seminggu pn dh bau cm mayat dh) Tetapi MPAJ jugak memaksa masyarakat Chempaka untuk menyelaraskan tong sampah tersebut bg setiap rumah(de no kod tong sampah 2,tp dh xingt lak) yg berharga sekitar RM150 hingga RM250. ini dinamakan kezaliman. Tidak meletakkan sesuatu pd tempt nyer. Sampah xmau dipungut tetapi tong sampah suh tuko br..Org gler pn akan ckp MPAJ gler. MPAJ penah menindas peniaga pasar yg majoritinya penyokong kuat BN sendiri kerana berniaga di tempat yg tidak disediakan. Mungkin MPAJ telah lupe bahawa Kawasan Chempaka xpenah wujud pasar. Last2 parking LRT Pandan Indah menjadik tapak sementara bg peniaga pasar tersebut. Wakil rakyat BN Dun Chempaka dl (xingt nme dier) xpenah nmpk pn untk memperjuangkan nasib rakyt yg semakin ditinds. 4penggal Chempaka diterajui oleh beliau tetapi cuma bangunan saja yg berdiri megah, isi nyer busuk ditindas MPAJ. Mungkin ini petanda darp Allah dan dilaksanakan masyarakat Chempaka untk menghukum BN yg sudah memerintah terlalu lama di Selangor. Semoga Selangor akan bebas drpd gejala maksiat yg semakin menjadik2. Murtad yg sudh menjdk perkara biase, Tembak menembak di STEVEN CORNERS yg dihebohkan anak sultan sendiri terlibat tidak akan berulang dan dibanteras secara bijaksana. Mayarakat Chempaka pasti akan ingt betapa sengsaranya penduduk Selangor ekoran ketidakjujuran yg dilakukan terhadap penduduk Chempaka. Mungkin wakil BN di tempt anda ditempat anda jujur tetapi di Chempaka semuanya HAPRAK. Sekian..


Disertakan keputusan pilihan raya ke 12.


















Kerusi Dewan Negeri (DUN)

















Kerusi Parlimen


Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template