Wednesday, March 12, 2008

Dasar Ekonomi Baru..Ape Kata Mereka??

Utusan Malaysia atau secara tepatnyer media perdana mengulas mengenai pembatalan DASAR EKONOMI BARU yg menegakkan atau memperjuangkan nasib ekonomi kaum melayu di Pulau Pinang.. Penerangan media perdana ini tidak la secara menyeluruh sehingga boleh menimbulkan ketakutan dan perasaan marah tehadap DAP yg dikatakn parti Cina(DAP bkn parti Cina tetapi parti Nasional yg tidak menghalang kaum2 lain menyertainya. So di sini disertakn pelbagai ulasan daripada pihak DAP dan Harakah kerana tidak adil la kalo sesuatu tindakan yg dilakukan sesetengah pihak diadili oleh musuhnya yg mempunyai niat untuk menjatuhkannya. Untuk KEADILAN la kite kne juga menbaca ulasan2 daripada pihak DAP yg melaksanakn pembatalan DEB ini. Jgn la kite adili sesuatu tanpa sebarg kajian yg sahih atau kite hanya membaca sebelah pihak sahaja. Begitu juga dengn berita2 yg memburukn BN kesygn rakyat Malaysia terutamanya para wanita kite (hehe). Kita patut membuat kajian yg sedalamnya sebelum menyebarknnyer.





1) Ini ulasan DAP


http://www.dapmalaysia.org/english/2006/april06/bul/bul2978.htm

nk copy paste pnjg sgt..so bc la kt cni link di atas k

2) Ini pulak daripada Harakah

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Hrkh) - PAS bersetuju dengan tindakan pihak kerajaan Pulau Pinang yang diketuai oleh DAP melalui Ketua Menterinya, Lim Guan Eng yang tidak mahu mengguna pakai Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang berkata beliau bersetuju dengan tindakan DAP yang mahu mengkesampingkan sebahagian daripada dasar yang terkandung di dalam DEB.

"Setakat ini, DEB telah disalahgunakan sehingga terjadinya amalan rasuah, penyelewengan dan unsur nepotisme yang berleluasa dalam kerajaan negeri itu sebelum ini.

"Justeru, kita telah meminta supaya semua wakil rakyat PAS agar mengisytiharkan harta mereka kepada umum untuk mengelakkan masalah seperti itu berlaku," katanya dalam Sidang Media di Pejabat Agung PAS,Jalan Raja Laut petang tadi.

Jelasnya, DEB mempunyai kebaikannya kepada rakyat namun Umno-BN telah mengkhianatinya.

"Kita kena teruskan apa yang baik seperti membela nasib orang melayu yang miskin dan tidak merampas harta orang bukan Melayu," ujarnya.

Selain itu, beliau turut menjawab persoalan mengenai persoalan projek-projek yang masih dalam proses selenggaraan yang ditinggalkan oleh kerajaan Umno-BN.

"Kita akan teruskan projek-projek tersebut cuma kita berharap kerajaan pusat tidak menyekat pelabur yang datang dengan meniupkan berita negatif yang boleh menakut-nakutkan mereka," katanya lagi.


P/S: ini la ulasan2 drpd pihak DAP dan Harakah.. So diharap smue para pembaca bertenang kerana perkara ini sgt sensitif dan boleh menimbulkan perasaan perkauman terutama di kalangan kaum Melayu yg selama ini ditindas di Pulau Pinang.. Hope para pembaca mendapat info yg berguna dan tidak terlalu cepat membuat sebarg keputusan.. Keputusan Di Tangan Anda..Peace


2 comments:

Mr Final said...

Ermm.. nape ek.. nape sume org bsr2 itu bute termasuk laa media2 gak wat provokasi yg berlebih-lebihan

terang lagi bersuluh

Dasar Ekonomi Baru = X

dah tamat pada tahun 1990 lagi

pastuh Kerajaan M'sia teruskan dengan

Dasar Pembangunan Nasional (DPN) sampai tahun 2000

next lak tamat jek DPN Kerajaan wat Dasar Pembangunan Wawasan (DPW)

sampai tahun 2010... kalo nak dasar yg baru tunggu laa sampai 2010 wajib ade dasar tentang ekonomi malaysia yg terbaru.

Aisy.. yg perlu difahami 2 dasar ini berbeza dgn DEB cume mengambil sebahagian roh2 DEB yang mane objektif yg lepas masih lom tercapai..

DEB dah lame xde. dah dua dasar dikeluarkan tp.. sume masih pandang DEB.. aisy~...

hehe tuh jer komen seposen dari saye

mnemonyk said...

orang-orang besor bkn xphm..

skang ni DEB memberi banyak faedah kepada mereka..

so sbb2 la dasar lapuk seperti ini diadakan sehingga skrang walaupun banyak keburukan kepada rakyat..

contoh keburukan DEB yg paling nyata ialah sifat pilih kasih di antara kroni mereka..

kalo amalan ini diteruskan,mcm mne dengn nasib usahawan2 muda yg kekurangan networking yg baik seperti kroni2 kerajaan ini..?

pastilah mereka akan mengalami cabaran yg sukar dan kesannya wujud usahawan2 yg senang bankrup dan seterusnya menimbulkan perasaan takut kepada mahasiswa kita untk menceburi bidang2 keusahawanan..

Sekiranya DEB dihapuskan, tender terbuka akn ditawarkan dan akan wujud persaingan yg sihat di antara para usahawan.ini akan menyebabkan para usahawan kita menjalankan tugas dengan semaksimum baik dan jujur untk merebut tender tersebut..

Nescaya la,DEB ini hanya untk kepentingkan org tertentu sahaja dan bukannya org melayu kita..

Buktinya adalah org melayu kita semakin terpinggir di Pulau Pinang di bawah pemerintahan Gerakan atau BN..


Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template