Monday, March 17, 2008

Rakyat Selangor dapat 20 meter padu air percuma mulai April

Rakan-rakan. Inilah faedah yg rakyat Selangor terima untuk berubah. Perubahan yg sihat ini daripada kerajaan BN kepada kerajaan BA menjadikan rakyat selangor semakin dilimpahi rahmat. Mungkin rakyat selangor juga akan menerima habuan daripada kerajaan BA dan mungkin juga daripada BN seperti rakyat negeri Kelantan dan Terengganu yg sering mendapat duit subsidi beratus2 ringgit daripada kerajaan mereka. Kini sudah tibanya giliran rakyat Selangor pulak menikmati hasil kekayaan negeri mereka. Apa salahnya membelanjakan wang kerajaan kepada rakyat mereka?? Itu merupakan duit rakyat juga. Adakah negeri Selangor akan dilanda bankrupsi seperti yang diwar-warkan Timbalan PM kita jika kerajaan BA menerajui Parlimen Malaysia, mereka akan menurunkan harga minyak sebanyk 30sen, negara akan bankrup..Ingat la sahabat, Arab Saudi menurunkan 30% daripada harga minyk mereka untuk kebajikan rakyat mereka. Arab Saudi pengeluar minyk utama?? Malaysia merupakan pengeluar minyk yg berkualiti tinggi yang didakwa hanya kegunaan engin jet. So mesti harga minyak Malaysia berkali ganda harga minyak daripada harga minyk Arab. Apa salahnya memberi rakyat sedikit kesenangan. Sekarang PKR baru beberapa hari memerintah sudah memulakan kebajikan-kebajikan kepada rakyat Selangor. Manifesto Selangor yang menyatakan ingin memberi bantuan kepada ibu tunggal, orang tua, anak yatim dan pelajar-pelajar pasti akan menerima tindak-balas yang positif daripada rakyat. Tak salah menerima RM50 setiap bulan daripada tak menerima apa-apa walaupun bangunan-bangunan tinggi tersergam indah di Selangor tetapi hanya mampu melihat dan berlegar di tepi-tepi pintu masuk bangunan tersebut. Bangunan-bangunan tersebut dikatakan dijadikan bangunan tarikan pelancong, tetapi anak-anak muda kita yang lebih memenuhi bangunan tersebut daripada pelancong asing dengan menghabiskan masa membuat kerja-kerja yang tidak berfaedah dan bermoral. Adakah ini yang diperjuangkan oleh rakyat Selangor setelah 50tahun merdeka? ternyata tidak kerana mereka mengambil tindakan drastik yang akan mengubah cara hidup mereka sepenuhnya. Pemberian 20 meter padu air secara percuma kepada seluruh rumah-rumah di Selangor yang menelan belanja hanya hampir RM11.4 juta sebulan (keperluan pemimpin-pemimpin dan raja-raja sebulan beratus juta ringgit dibelanjakan tak pernah dipertikaikan rakyat) adalah contoh terbaik yang akan mengubah kehidupan rakyat Selangor yang kini makin dihimpit kesusahan ekoran pelbagai kenaikan barang-barang keperluan yang dilakukan oleh kerajaan terdahulu. Berbanggalah kamu wahai rakyat Selangor yang mengekori jejak Rasulullah SAW junjungan kita yang berhijrah daripada keburukan kepada kebaikan walaupun terpaksa meninggalkan bumi kelahiran tercintanya. Syabas Selangor, Syabas PKR kerana memberi kebajikan yang tidak terhingga kepada kami, rakyat Selangor. Apa lagi rakyat negeri lain, terima lah perubahan yang menguntungkan semua pihak. Wassalam

0 comments:


Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template