Wednesday, March 19, 2008

Kedah turunkan 30% cukai tanah




















Selepas Selangor yg menunaikan bakti kepada rakyatnya selepas memberi 20 meterpadu air percuma pd bulan April ini, tiba pula giliran Kedah meberi kebajikan kepada rakyatnya. Kerajaan negeri Kedah akan menurunkan kadar cukai sebanyak 30% kepada keseluruhan rakyatnya. Penurunan cukai tanah untuk semua kategori tanah ini adalah sebahagian daripada manisfesto BA sekiranya menawan negeri terbabit. Ini pasti akan mengembirakan rakyat Kedah yg sedang mengalami beban kehidupan yg semakin meningkat ekoran kemajuan yg juga meningkat di Kedah. PAS yg dikatakan parti yg mundur dan tidak menyokong pembangunan oleh musuh politik nya akan menghadiahkan tiket percuma kepada rakyatnya untuk menyaksikan perlawanan bola sepak antara pasukan Kedah dengan pasukan terbaik dalam Liga Super. Seterusnya mungkin akan mendorong rakyat Kedah untuk lebih berminat dan seterusnya menyokong bola sepak tanah air kita. Satu pendekatan yg cukup halus yg dilakukan oleh Menteri Besarnya, Azizan. Selain itu, elaun menteri besar dan semua anggota exco kerajaan negeri akan dipotong. Ini untuk mengelakkan pembaziran duit rakyat dengan menbayar elaun2 yg tidak munasabah. Untuk mengalakkan pertumbuhan ekonomi Kedah sentiasa meningkat, Pulau Langkawi, pulau yg mengamalkan industri pelancongan sebagai sumber ekonominya dan Kedah akan dimajukan lagi dengan menambah produk pelancongan termasuk menarik lebih ramai pengembara dari Timur Tengah yg merupakan pelancong yg lebih bersopan dan berhemah berbanding dengan pelancong Barat. Sebagai sebuah parti yg mengamalkan Islam sebagai sumber perjuangan, Azizan akan menyediakan kemudahan kolam mandi yg berasingan untuk wanita dan lelaki di sebuah hotel bertaraf enam bintang di Pulau Langkawi. Tahniah Azizan yg melaksanakan kemajuan di bumi Kedah tetapi tidak lupa dengan Islam yg merupakan teras kehidupan manusia sejagat. Ini akan membuktikan kepada rakyat Malaysia yg menolak PAS kerana meletakkan Islam sebagai perjuangan yg PAS mampu memajukan Malaysia tanpa menolak hukum-hukum Islam yg adil kepada orang Islam dan orang bukan Islam.

0 comments:


Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template